Monday, 19 December 2011

Lapisan (Layer) ATM

Sel ATM mengandungi 53 oktet: lima yang pertama merupakan “header” dan
48 yang selebihnya merupakan lapangan maklumat. Beberapa lapangan sel
pada user network interface (UNI) ditunjukkan dalam Rajah 4-2.
Secara ringkas, empat bit header yang pertama mengandungi Generic Flow
Control (GFC); ia membekalkan mekanisme simple flow control pada lapisan
ATM. Lapan bit yang berikutnya merupakan Virtual Path Identifier (VPI) , diikuti
dengan 16-bit Virtual Channel Identifier (VCI). Dua lapangan ini menentukan
saluran logikal dalam penyambungan ATM. Lapangan Payload Type Indicator
(PTI) ialah 3 bit panjang dan menerangkan jenis data yang dibawa lapangan
maklumat sel. Bit Cell Loss Priority (CLP) menunjukkan kepada penerima
adakah ia sel khas yang boleh dibuang jika kesesakan rangkaian berlaku.
Lapangan Header Error Control (HEC) mempunyai 8 bit parity dalam empat oktet
yang pertama pada header. Kegunaannya ialah supaya penerima boleh
mengesan kesalahan yang mungkin telah berlaku di dalam header semasa
transmisi. Format sel pada Network-to-Network Interface (NNI) adalah sama,
kecuali pada NNI ia tiada lapangan GFC. Ini disebabkan ia menggunakan 12 bit
lapangan VPI. Dalam B-ISDN, beberapa pre-assigned nilai header telah
disimpan untuk operasi, pentadbiran dan penyelenggaraan (OA&M) yang
digunakan pada lapisan fizikal. Jadual 4-1 menunjukkan sebahagian senarai nilai
header .

No comments:

Post a Comment